http://rakannilam.dapat.net/naomi Jumlah Pengunjung: 213
Kemaskini:24/01/10 09:55PM

[ Masuk ]

[ Tambah ]

1 2 3 4
ISBN : 983-3450-28-8

Tajuk : Pelita yang Sombong

Penerbit : Kiddibird Sdn Bhd

Sipnosis : Pada suatu malam,sebuah pelita bernyala dengan terang dan menerangi kawan-kawannya yang berhampiran.Pelita itu berasa megah dan sombong kerana dia selalu dipuji orang.
Pelita memberitahu kawan-kawannya bahawa dia benda yang paling berkuasa di dunia ini kerana dia menerangi hidup mereka apabila matahari terbenam.
Angin yang terdengar kata-kata pelita itu menjadi marah.Dia pun bertiup dengan kuat sehingga pelita sombong itu terpadam.Sebiji epal berkata,"Awak ini bukan sesuatu yang berkuasa.Ada banyak benda yang lebih berkuasa.Lain kali,janganlah bercakap besar."
Seketika kemudian,tuan rumah datang untuk menyalakan pelita itu.Epal berkata lagi bahawa matahari dan bintang-bintang tidak perlu dinyalakan semula seperti pelita.Pelita pun sedar akan kesilapannya.

24/01/2010 09:55PM
[ padam | ubah ]

ISBN : 983-3450-28-8

Tajuk : Burung Helang,Kucing dan Memerang

Penerbit : KIddibird Sdn Bhd

Sipnosis : Pada suatu hari,seekor kucing ,sekor burung helang dan seekor memerang membina rumah mereka di sebatang pokok yang hampir reput.Burung helang tinggal bersama keluarganya di atas pokok.KUcing pula tinggal di dalam sebuah lubang di pertengahan batang pokok itu.Manakala memerang pula tinggal di sebuah lubang di bawah pokok itu.
Kucing yang tidak senang dengan kehadiran memerang,berkata kepada burung helang,"Memerang itu suka makan anak kamu.Jaga-jaga dengan dia.Dia itu berbahaya."
Seketika kemudian,kucing pun berjumpa dengan memerang lalu berkata,"Jaga-jaga dengan burung helang itu.Dia suka makan anak kamu."
Selapas itu,kucing pun keluar mencari makanan untuk anak-anaknya kerana dia tahu burung helang dan memerang tidak akan mengganggu anaknya.Ini adalan kerana masing-masing hendak menjaga keselamatan anak mereka.Kucing berasa lega kerana rancangannya telah berjaya.

21/11/2009 07:30PM
[ padam | ubah ]

ISBN : 983-3450-28-8

Tajuk : Memancing Ikan dan Ikan Kecil

Penerbit : Kiddibird Sdn Bhd

Sipnosis : Pada suatu hari,seorang pemancing ikan duduk di tebing sebatang sungai dengan perasaan sedih.Dia berasa sedih kerana terpaksa pulang dengan tangan kosong dan ini akan menghampakan isterinya.
"Oh,Tuanku.Mengapakah nasib aku begitu malang hari ini?Berilah aku seekor ikan,"pinta pemancing ikan itu.Selepas itu,dia pun mencampakkan tali jorannya ke dalam sungai.Selapas seketika,dia pun menarik jorannya.Dia terkejut kerana seekor ikan kecil tersangkut di mata kailnya.Ikan kecil itu meminta pemancing ikan itu untuk melepaskannya."Awak sahaja tangkapan saya pada hari ini,"jawab pemancing ikan itu."Lepaskan saya dan saya berjanji akan kembali ke tempat ini apabila saya sudah besar kelak,"kata ikan kecil itu.
"Sya pasti awak tidak akan kembali.Apa yang ada pada saya sekarang,adalah lebih penting daripada apa yang akan saya dapat esok,"jawab pemancing itu lalu memasukkan ikan itu ke dalam bakul.

21/11/2009 07:20PM
[ padam | ubah ]

ISBN : 983-3450-28-8

Tajuk : Anjing Liar dan Tukang Masak

Penerbit : Kddibird Sdn Bhd

Sipnosis : Pada suatu hari,seorang kaya membat keputusan untuk mengadakan kenduri.Orang kaya itu mempunyai seekor anjing.Anjing itu pula menjemput kawannya,seekor anjing liar,untuk menghadiri kenduri itu."Pasti ada banyak makanan.KIta boleh makan sehingga kenyang,"kata anjing orang kaya itu.Anjing liar itu sangat gembira kerana dijemput untuk menghadii kenduri.Dia pun mula memberitahu kawan-kawannya dengan megah.
Pada hari kenduri,anjing liar itu pun memasuki dapur orang kaya itu.Da ternampak banyak makanan dan air liurnya meleleh.
Ketua tukang masak ternampak anjing liar itu di dapur.Dia pun menangkap anjing liar itu dan mencampaknya di luar.Anjing liar itu pun berlari lintang-pukang dalam kesakitan.Kawan-kawan anjing liar bertanya anjing liar bagaimana dengan kenduri itu.Anjing liar yang malu itu pun menjawab,"Makanannya......memang......sedap."Dia tidak mahu kawan-kawannya mengetahui kejadian di tempat kenduri itu.

21/11/2009 07:09PM
[ padam | ubah ]

ISBN : 983-3450-28-8

Tajuk : Burung Gagak dan Ular

Penerbit : KIddibird Sdn Bhd

Sipnosis : Pada zaman dahulu, tinggal seekor burung gagak di hutan.Pada suatu hari,dia terasa sangat lapar."Kalau aku tak makan,tak lama lagi aku akan mati,"kata burung gagak itu sambil terbang di langit.
Tiba-tiba,burung gagak itu ternampak seekor ular di bawah.Dari ata,ular itu nampak kecil.Burung gagak ingat ular itu kecil dan dia boleh menang kapnya untuk dijadikan sajiannya.
Maka,burung gagak pun terbang dengan laju dan menerkam ular itu.Sebenarnya ular itu sangat besar dan berbisa.Sebaik sahaja burung gagak itu menerkamnya,ular itu pun mematuk burung gagak.
Burung gagak pun menjerit kesakitan."Bodohnya aku,sanggup menerkam seekor ular yan berbisa.Aku pasti mati selepas ini,"kata burung gagak dengan sedih.

21/11/2009 06:56PM
[ padam | ubah ]

Profil Pelajar  

Nama R.Nilam:Naomi
Kod Sekolah:jbc0001


[Tambah Pengenalan]
[ Tambah ]

Nama
E-Mail/Nombor Telefon Bimbit
Pesanan