[ Tambah ]
|
| 1 2 |
 | ISBN :
Tajuk : Ombak Rindu
Penerbit :
Sipnosis : Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
07/12/2011 11:05PM [ padam | ubah ]
|
|
 | ISBN :
Tajuk : 3 Campur 1 = Satu
Penerbit : Jemari Seni Sdn. Bhd.
Sipnosis : Buku ini mengisahkan tentang 3 orang abang yang amat menyayangi satu-satunya adik perempuan mereka dan ingin melihat adik mereka bahagia. Mereka tinggal bersama di Kuala Lumpur, sementara ibu bapa mereka tinggal di kampung. Perhubungan mereka sangat rapat walaupun selalu saja bergaduh (gaduh-gaduh manja, hehe).
Tiga saudara lelaki ini, iaitu Along, Angah dan Acik mempunyai seorang kawan, namanya Hakimi. Suatu hari, Hakimi telah meluahkan masalahnya, tak lain dan tak bukan – disuruh kahwin oleh orang tuanya. Hal tersebut menjadi satu masalah bagi Hakimi kerana dia tiada teman wanita. Lalu, Along, Angah dan Acik telah muncul dengan idea cemerlang mereka, iaitu meng’kenen’kan Hakimi dengan adik mereka, Khairina.
Insiden-insiden lucu mula berlaku apabila tiga bersaudara tersebut berusaha mengatur pertemuan antara Khairina dan Hakimi. Hakimi yang sudah jatuh cinta pandang pertama pada gambar Khairina telah berusaha memikat hati Khairina berbekalkan maklumat daripada Along, Angah dan Acik, tanpa pengetahuan Khairina. Aduh, lucunya telatah mereka ni, sampai Hakimi yang baik tu pun kena jadi ‘kerek’ jugak demi nak memenangi hati Khairina J Dan, Khairina yang ‘membekukan’ hatinya daripada cinta kerana satu ‘peristiwa’ itu akhirnya cair juga oleh usaha Hakimi yang tak pernah kenal putus asa itu, namun tidak pernah diakui sendiri oleh Khairina secara terus terang.
12/06/2011 10:08PM [ padam | ubah ]
|
|
 | ISBN :
Tajuk : Rembulan Tenggelam Di Wajahmu
Penerbit :
Sipnosis : Rehan atau Ray mendapat jawapan akan soalan-soalannya berkenaan takdir hidupnya bermula dia menginjak 14 tahun. Kisah anak yatim piatu berasal dari rumah anak yatim, memilih hidup gelandangan sesuka hatinya ini, memang tak haus dari pengalaman dan musibah yang pada fikiran-‘kita mengapa harus sesedih itu? Mengapa mesti sekejam itu takdir padanya?’
Namun pada usia 60 tahun, dia dapat melihat hikmah, atau akibat mahupun musababnya mengapa Allah menentukan takdirnya begitu. Maha suci Allah, setiap satu itu memang mempunyai perkaitan. Dari sekecil-kecil benda.. semunya punya hikmah, dan dalam perancanganNya.
Apa yang tersentuh bagi saya ialah saat kematian Diar, sahabatnya di rumah anak yatim, yang menjawab soalan pertamanya, ‘mengapa aku perlu menghabiskan masa kanak-kanaknya di sini?’ Di rumah anak yatim yang Penjaga rumahnya berlagak suci dan alim sedangkan duit zakat selalu masuk dalam tabungannya untuk ke naik haji. Yang selalu memukulnya sehingga berbirat, dan seribu macam kutukan pada rumah anak yatim itu.
Diar yang teruk dibelasah akibat perbuatan Ray, sebelum menghembuskan nafasnya, secara tidak lansung sempat menggerakkan hati Penjaga rumah berniat busuk itu, supaya bertaubat. Saat kematian Diar menjemput, yang diingati ialah jasa Ray yang pada mata orang lain biasa-biasa saja. Diar yang jujur, telus dan aneh itu..telah berjaya mengubah hati manusia. Satu konsep yang dapat dipelajari dari cebiasan plot ini. ‘walau sekecil mana kebaikan yang kita lakukan, sekali pun tidak sengaja, ketahuilah, ia punya sebab dan akibat. KEBAIKAN DAPAT MENGUBAH TAKDIR. Kecil besar perbuatan kita,langit juga yang menentukannya.
Perbuatan jahat, tidak boleh dibalas jahat. Itu konsepnya. Tetapi Ray tidak memahami itu. Tatkala lukisan Ilham dikoyakkan, dia membalas dengan kekerasan. Perbuatannya malah memporak-porandakan nasib manusia sekelilingnya. Natan malah tidak layak menjadi penyanyi, kerana suaranya rosak dibelasah pendendam, Ilham tidak pun berjaya memasuki pertandingan seni itu. Ray tidak memahami tindakan yang disangka sebagai membela ‘adik-beradiknya’ di Rumah Singgah itu, ternyata mengubah hidup mereka 180 darjah dari impian mereka. Itu yang dilihat oleh Ray. Namun siapa tahu, dengan sebab itu, Natan menjadi composer terkenal, malah Ilham menjadi pelukis berjaya sehingga lukisan rembulannya menjadi milik Ray tanpa Ray tahu siapa pelukis lukisan berharga ribuan itu.
Bagi seluruh hidup Ray, ada satu garis bahagia yang berlangsung selama 6 tahun. Iaitu saat bersama isterinya, yang tidak kurang beza nasibnya dengan Ray. Penulis berjaya melukis, malah seperti video, menayangkan pada kita saat-saat gembira, melihat letupan bunga api di atas atap bangunan. Tak keterlaluan, biasa kita lihat, pasangan bercinta di drama-drama romantik korea, Jepun. Saat itulah si gadis tersentuh dengan penghargaan lelaki terhadap dirinya yang hina. Namun sekali lagi Ray menyalahkan takdir, mengapa saat bahagianya hanya terhad untuk 6 tahun sahaja? mengapa isteri yang digelar Si gigi arnab itu mati ketika melahirkan bayinya tanpa sempat dia tahu pun nama bayinya itu? mengapa sekejam ini takdirnya?
12/06/2011 09:55PM [ padam | ubah ]
|
|
 | ISBN :
Tajuk : Adam & Hawa
Penerbit : Alaf 21
Sipnosis : Ain Hawani telah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang jejaka yang bernama Adam Mukhriz. Adam Mukhriz atau Am adalah seorang lelaki yang suka berfoya–foya dan mempunyai ramai teman wanita. Pertemuan yang tidak dirancangkan telah berlaku ketika Ain hawani menghadiri temuduga sebagai guru ganti disebuah Tadika Bintang Kecil. Walau bagaimanapun Ain Hawani sentiasa menidakkan perasaannya kerana Adam Mukhriz kerana sikap Adam Mukhriz yang ala-ala playboy.
Cinta pandang pertama Ain Hawani telah bertukar menjadi benci apabila dia dan Am ditangkap khalwat dan sikap Am yang tidak cuba untuk berterus terang dan tidak cuba menegakkan keadilan di hadapan Pegawai-pegawai Agama Islam tersebut. Bagi Am pula mendiamkan diri bukan beerti dia mengiyakan fitnah tersebut tetapi dia ingin melarikan diri dari dikejar perempuan yang suka mengambil kesempatan ke atas dirinya dan dia memang telah jatuh cinta pada Ain.
Akhirnya dengan satu lafaz akad nikah pada malam kejadian tersebut, Ain sah menjadi milik Am. Am mengharapkan rumah tangga yang bahagia bersama Ain tetapi Ain menanggap perkahwinan yang tidak dirancang itu sebagai malapetaka dan memusnahkan masa depannya. Ain membawa diri ke Australia tanpa pengetahuan Am dengan harapan untuk melupakan kisah hitam yang terjadi dalam hidupnya.
Selepas lapan tahun, secara kebetulan mereka telah berjumpa semula. Walaupun telah lama berpisah Ain masih isteri Am yang sah. Pertemuan yang tidak disangka itu telah menimbulkan bibit cinta mereka kembali. Tetapi kerana ego seorang wanita, Ain tetap menidakkan perasaannya dan mencari alas an supaya mereka berpisah untuk selama-lamanya.
12/06/2011 09:47PM [ padam | ubah ]
|
|
 | ISBN :
Tajuk : Coke and Sundae
Penerbit : Kaki Novel
Sipnosis : Coke and Sundae sebuah kisah percintaan bertemakan komedi romantik. Jalan cerita yang begitu bersahaja dan cukup santai. Watak utamanya seorang gadis yang bernama Azyan dan berwatakan lasak dan sedikit ganas. Watak Azyan di padankan dengan watak heronya yang bernama Syakir.
Azyan menjadi lasak dan sedikit ganas kerana dibesarkan bersama dua orang abang. Azyan suka membelasah siapa-siapa sahaja yang suka mengacau atau mengusiknya. Azyan mahir dalam bidang taekwando.
Apabila sudah memasuki alam dewasa, Azyan belajar untuk menjadi seorang gadis yang lebih feminim. Tetapi, percubaan yang Azyan lakukan, tidak berapa menjadi. Banyak lagi kekurangan yang perlu Azyan perbetulkan.
Sebenarnya, Syakir telah menaruh hati pada Azyan di zaman persekolahan lagi. Walaupun Azyan memiliki perwatakan yang lasak, ada tarikan yang tersendiri yang menyebabkan Syakir amat menyukai Azyan. Azyan dan Syakir menuntut ilmu di pusat pengajian tinggi yang sama. Mereka selalu bersua muka tetapi, mereka selalu bertengkar kerana Syakir gemar mengusik dan menyakat Azyan. Timbul perasaan dendam dalam hati Azyan terhadap Syakir. Disebabkan perasaan dendam Azyan itulah, Azyan buat-buat tidak nampak tentang kewujudan Syakir dalam hidupnya.
Azyan juga telah terjatuh hati pada Haziq iaitu sepupu kepada Syakir. Haziq menjadi jejaka idaman hati Azyan kerana fizikal Haziq yang gagah dan menampakkan kekuatan seorang jejaka. Tetapi, malang menimpa Azyan apabila di ganggu oleh sekumpulan samseng semasa keluar temujanji bersama Haziq. Azyan mengharapkan Haziq dapat melindungi keselamatan dirinya kerana Azyan telah berjanji dengan ayahnya yang dia tidak akan menggunakan sebarang kemahiran mempertahankan diri lagi setelah dia ingin berubah menjadi seorang yang feminim. Demi keselamatan dirinya dan Haziq, Azyan terpaksa membelasah samseng-samseng tersebut. Haziq telah lari lintang-pukang menyelamatkan dirinya dan meninggalkan Azyan seorang diri bersama-sama samseng-samseng. Akhirnya, Azyan tidak mahu berkawan dan menaruh hati pada Haziq lagi.
Setelah Azyan betul-betul berubah menjadi seorang gadis yang ayu dan feminim, Syakir merasa sangat bimbang kerana muncul lelaki-lelaki yang cuba untuk memikat Azyan iaitu Zekri dan Rizlan. Zekri adalah romeo tahap awek keliling pinggang manakala Rizlan pula seorang yang hensem dan kaya.
Azyan suka kepada layanan Rizlan dan Zekri. Azyan memang tidak suka langsung dengan Syakir kerana Syakir suka membulinya dan memaksanya melakukan pekara yang tidak disukai. Syakir memaksa Azyan menjadi heroin dalam pementasan teater dan pergi berkhemah di tengah-tengah hutan. Syakir mengunakan helah kotor supaya Azyan mengikut segala perintahnya. Dalam kelab teater, Syakir adalah presiden. Jadi, setiap ahli kelab teater kena mengikut segala arahan presiden. Syakir juga rapat dengan kedua-dua abang Azyan. Syakir juga pandai mengambil hati ayah Azyan iaitu Mejar Idris. Untuk aktiviti perkhemahan, Syakir menggunakan Mejar Idris untuk memujuk Azyan supaya mengikuti aktiviti tersebut.
Semasa perkhemahan, banyak berlaku insiden-insiden lucu antara Azyan dan Syakir. Kawan-kawan Azyan dan Syakir memasang jerat untuk mereka supaya, mereka berdua menyedari perasaan masing-masing. Syakir sebenarnya ego, tidak mahu meluahkan rasa hatinya pada Azyan. Azyan pula, sememang seorang yang keras kepala. Apabila, Azyan dan Syakir terkena jerat yang dibuat oleh kawan-kawannya semasa di dalam hutan, disitulah bermulanya detik-detik percintaan antara Azyan dan Syakir.
Akhirnya, Azyan yang amat menggemari Coke manakala Syakir yang amat menyukai Sundae dapat disatukan dengan penuh kegembiraan. Siapa kata, Coke dan sundae tidak boleh bercampur?
12/06/2011 09:38PM [ padam | ubah ]
|
|
|
|
|
|